Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus" (Al-A'raf (7:16))
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (Al-A'raf (7:17))
Kali ini saya ingin berkongsi tentang gerakan Islam liberal yang berleluasa tanpa kita sedar. Di negara jiran, Indonesia, gerakan ini dilakukan dalam skala yang besar. Pemimpin gerakan ini mendapat ruang dan peluang untuk terus menyebarkan fahaman ini dalam pelbagai bentuk media massa.
Sebelum melangkah jauh, saya ingin memberi sedikit penerangan tentang gerakan ini. Isi kandungannya saya petik dari "Kertas kerja gerakan Islam liberal di Indonesia dan kaitannya dengan ESQ" hasil kajian Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Isi penuh boleh didapati di sini.Sahabat-sahabatku,
Suka untuk saya mengingatkan diri agar kita sama-sama peka dan meneliti tahap iman kita. Di luar sama banyak gerakan yang mampu menggugat malahan meragut keimanan kita kepada Allah. Jangan biar diri terpengaruh dan dihanyutkan dengan fahaman ini. Ingat, ianya ibarat sembilu yang mungkin tidak disedari namun jika tidak dibuang mampu mencederakan. Buka mata, buka hati dan minda, lihat sekitar kita dan muhasabahlah. Ancaman iman ini satu ujian, moga kita terus dibimbing-Nya dan berada dalam arus jalan yang lurus. Amin.
No comments:
Post a Comment