JIKA AKU JATUH CINTA

YA ALLAH,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,agar bertambah kekuatanku untyk mencintaimu,
YA MUHAIMIN,,jika aku jatuh hati,izinkanlahaku menyentuh hati,seseorang yang hatinya tertaut kepadamu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,
YA RABBANA,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatimu

Sunday, November 27, 2011

INDAHNYA MEMILIKIMU DGN CARA HALAL


”wanita dinikahi karena empat hal yaitu karena kekayaannya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Nikahilah wanita karena agamanya karena jika tidak kamu akan menjadi orang yang merugi.”




Cuti 2 minggu yang diberi kolej nih aku manfaatkan seboleh yang boleh,dah tntu aku habiskan sepenuh masa dgn family kan,dah kje nnti blum tntu dpt cuti pnjg mcmtuh,dpt cuti pon mybe aku nak `kawen`,

ops,`KAWEN,btol ke aku tls sntnce nih?okey okey,,x pe,kite keep dlu bab nih,,aku nak cite lu sal cuti pnjg nih,

untuk kgkwn aku plak,rmai yang x lpskan pluang untuk langsugkan hari `pertunangan`,dpt jgk jmputan dtg knduri kan,tp sbb jauh sgt,x dpt lah nak menghadirinye,`'thniah pd kgkwn yang dah bertemu dgn calao zaujun yang bagus,moge kekal ke jinjang pelamin":)

location:CASA SUBANG,SUBANG JAYA,SELANGOR
masa :LPS ISYAK

seronok tengok gambar kwn aku tunang,tersenyum sndiri aku tgk keceriaan yang terlakar pd wjah kwn aku nih bile hubungan yang mule dijalin sudah mengorak langkah ke arah pertunangan dan perkahwinan,apatah lagi diikat dengan insan yang memang pilihan hati,

si perempuan dihiasi seperti raja sehari,tidak kurang dengan si lelaki,juga turut hair untuk memeriahkan majlis,pndek kate,mjlis pertunangan itu diibaratkan seperti kemeriahan majlis akad nikah,dapat bayangkan betapa sibuk si ibu dan bapa kedua insan ini,

okey,skrg kite wat perbandingan majlis pertunangan zmn skrg dgn zaman nenek,ataw mak kite dulu,

ZAMAN DULU:kebanyakan atau bole dikatakan semue calon zaujun x kan datang sekali time mjlis tuh,law ade pon skdr tnjuk jln nak ke rumah caluo zaujah die,then si lelaki akn dduk dlm kete,"malu katenye"

ZAMAN SEKARANG:lelaki akn ade skali dgn bakal zaujahnye,knkdg sipa dduk sblh lg,tujuannye untuk si wakil pihak lelaki srh cincin pertunangan untuk si perempuan,dan wakil sebelah perempuan akan serahkan cincin pertunangan pada pihak lelaki,then amek gmbr untuk dibuat kenangan,

*PERBEZAANNYA DISINI KITE DAH BOLE NMPAK,PERSOALANNYA ADAKAH INI DIKATAKAN PERUBAHAN ZAMAN MENYEBABKAN ADAB BERTUNANG JUGA DIUBAH


di sini aku senaraikan serba sedikit adab bertunang dalam islam:


a) Adab dalam bergaul

Maksud pergaulan di sini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau si perempuan dengan tunangan masing-masing.

Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah SAW : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.

Perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.

Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam dan harus dingatkan bahawa aurat di antara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram), hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.

Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda.

Sementara bagi pihak lelaki janganlah merasakan bahawa anda telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.







b) Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlakunya perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:


Dalam tempoh pertunangan yang lama, dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa kepada putusnya hubungan pertunangan. Selain daripada itu, besar kemungkinan terdapat juga orang yang mungkin menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah kepada pasangan itu sendiri.


Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya


Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.


Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.




Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain



terpulanglah pada pasangan walaw macamanapon dieowang nak wat mjlis pertunangan tuhmyang pnting cukup lah sekadar ahli keluarge terdekat mengetahui yang si gadis sudah dipinang,


*HARUS DIINGAT IKATAN PERTUNANGAN BUKANLAH TIKET UNTUK SI PASANGAN MEMBERI ALASAN UNTUK KERAP BERJUMPA DAN KELUAR BERSAMA,INGAT JUGA IKATAN PERTUNANGAN BUKANLAH IKATAN YANG TELAH MENGHALALKAN HUBUNGAN ANTARA YANG BUKAN MAHRAM,MEREKA TETAP SAMA SEBELUM AKAD YANG SAH DIBUAT,

MUHASABAH DIRI:)