JIKA AKU JATUH CINTA

YA ALLAH,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,agar bertambah kekuatanku untyk mencintaimu,
YA MUHAIMIN,,jika aku jatuh hati,izinkanlahaku menyentuh hati,seseorang yang hatinya tertaut kepadamu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,
YA RABBANA,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatimu

Friday, May 27, 2011

SOLATJUMAAT,MENGAPA DIABAIKAN


TERASE LAJU JE TGN NI MENAIP UNTUK TULIS ENTRI NIH,BNYAK PULAK IDEA DTG DLM MINDA YANG DIKURNIAKN OLEH SI PENCIPTA,HEBAT KAN PENCIPTA KITA,`ALLAH AZZAWAJALLA`

DSBBKAN HRNI HARI JUMAAT,SENANG RSENYE UNTUK UNTUK AKU MENULIS TENTANG PENGHULU SEGALA HARI NIH

SBNANYE DAH LAME HATI NI TERDETIK UNTUK MENULIS ENTRI NIH,SLH SATU ASBAB YANG KUAT UNTUK AKU TULIS ENTRI NI ADALAH:

AKU NAMPAK DR MINGGU- KE MINGGU MAKIN RAMAI LELAKI MUSLIM YANG BERKELIARAN DI KOMPLEKS NIH,BERBEZA SUNGGUH ZAMAN SKRG,,

DULU BILE WKTU TGHRI JUMAAT,LAW NMPK LLKI MUSLIM BERKELIARAN,KITE RSE PELIK BTOL SBB MSTI HATI TERDETI `X SMYG JUMAAT KE BUDAK NIH`


TP SKRG,MCM X DE PAPE BRLAKU PON,`DIEOWANG PON WAT MUKE SLMBE JE MCM X DE PAPE ARITU,,

KNKDG SDEY GAK,MCM MNE LAH `DIEOWANG` NIH NAK DIDIK SI ISTRI,ANK-ANK YANG BAKAL DILAHIRKAN NNTI,SDGKAN DIRI SNDRI PON BLM TERDIDIK,

ITULAH YG DINAMAKAN MANUSIA,,
BILE DIBERI KERINGANAN DLM MELAUKAN SURUHANNYA,TERUS DISALAHGUNAKAN,

SAMPAI BILE AGKNYE MSLH NI NAK SLSAI,,


KALAULAH AKU ADA KUASA,
AKN AKU ARHKAN SEMUA KDAI YANG BEROPERASI DITUTP SEMENTARA UNTUK MEMBERI LALUAN KPD MEREKA YANG BERNAMA LELAKI,BALIGH,BERAGAMA ISLAM MENUNAIKAN SOLAT

KALAULAH AKU ADA KUASA,
AKN AKU ADAKAN OPERASI OPS-JUMAAT(CEH MCM OPS-SIKAP)UNTUK MENGAJAK MEREKA MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT,

KALAULAH AKU ADA KUASA,
YE,KALAULAH AKU ADA KUASA,,

Thursday, May 26, 2011

PERUBAHAN,CHANGES,التغيرات


ALHAMDULILLAH,,KALI NIH AKU BERPELUANG UNTUK MENGUPDATE ENTY AKU NIH,SLPS 3 MGGU AKU PRKTKAL,AND HARINI CUKUPLAH SEMINGGU AKU DI KELAS UNTUK MENERUSKAN SESSI PEMBELAJARAN YG MASIH BERBAKI 2 MGGU SBLM AKU STAT POSTING SLME 2 BULAN,(POSTING SEM AKIR LAH NIH)

UNTUK KELAS YG BERBAKI LG 2 MINGGU NIH,AKU BLJR TNTG MANAGEMENT,DI MANE AKU DILATIH UNTUK MENJADI SEORANG MANAJER,SEORANG KETUA SKALIGUS MENGURUSKAN ORG BAWAHAN AKU,

DGR MCM HEBAT KAN SBB JD KETUE,TP SBNANYE AGK SUSH JUGAK LAH,YELAH MNE X NYE,JD MANAJER OR KETUE NIH KITE KNE AD PRNCGN,THEN KNE ORGANIZE,BARU BOLE DIIMPLEMENTKAN,THEN BARU BOLE WAT PENILAIAN,ONCE ORG BWHN KITE WAT SILAP,SO KITE LAH YG KENA(MEMG TU LAH ADAT JADI KETUE KAN,TU SBB GAJI BNYK SKIT,,HUHUHUHU)

SELAIN TUH,AKU BLJR GAK TNTG PERUBAHAN DLM PENGURUSAN NIH,PERUBAHAN,,YE PERUBAHAN


`PERUBAHAN`

TERDETIK SESUATU KAT HATI AKU,

BERUBAHKAH AKU??

BAIK OR BURUK AKU BERUBAH??

PERLUKAH AKU PERUBAHAN??

PERUBAHAN FIZIKAL OR ROHANI??


AKHIRNYE AKU DH DPT JWPN,AKU TTP AKU,

AKU TTP AKU DR SEGI FIZIKAL,TIADA PERUBAHN,
MASIH SEORANG AN-NISA`,
MASIH BERPAKAIAN SEMPURNA MENGIKUT SYARAK(WLAUPON X UP TO DATE)
MASIH SEPERTI DULU,


PERUBAHAN AKU CUMA PD ROHANI,
PD JIWA,
JIWA YG DULUNYA X PERNAH DIBIARKAN DAHAGA DGN TAZKIRAH,
JIWA YANG DULUNYA X PERLU DISURUH UNTUK MENCARI AIR UNTUK MENGHILANGKAN DAHAGA,
JIWA YANG DULUNYA SENTIASA TENANG DGN KALIMAH-KALIMAH SUCI,
JIWA YANG DULUNYA X PERNAH TANDUS DGN ILMUNYA,

ITU LAH PERUBAHANKU,


HATIKU BERMONOLOG LAGI,

ROHANI BAIK(RB):KAU BOLEH DPTKAN BALEK AKU

ROHANI JAHAT(RJ):AKU BERUBAH SBB PERSEKITARAN,DULU MSE KAT SKOLA MEMG DAH AD TAZKIRAH,CERAMAH SUME,KAT SINI MNE AKU NAK CARI??

RB:ITU BUKAN ALSN KAN,BNYAK BUKU ILMIAH KITE BOLE BCE,DKT INTRNET PON KITE BOLE CARI,DKT TV NGN RADIO PON DH BNYK RNCGN BUAL BICARA KAN UNTUK MNTAPKAN ROHANI KITA

RJ:TP TU LAIN,DULU KAT SKOLA BOLE TRUS ABSORB SBB BBTUL DGR DRPD MULUT OWANG BG TAZKIRAH

RB:WALAU DGN CARE APE SKLIPON KITE BOLE DPTKN BNDE TUH ASLKAN HATI KITE IKHLAS


YUPP,,,,


ITULAH JWPNNYE,,PERUBAHAN X KAN MUSTAHIL BERLAKU KLAU KITE IKHLAS UNTUK BERUBAH,,

WASSALAM,.....

Wednesday, April 20, 2011

USAH DITANYA NILAI KEIKHLASAN SEBUAH IKATAN


ASSALAM,SALAM SEJAHTERA,SELAMAT PTG,APE JE LG LAH YG SEWKTU DGNNYA,,HAHAHAHAHA

ALHAMDULILLAH,,HARI NIH ADLAH ARI LAST EXAM PAPER TOK SEM 5 NIH,,SO MKSUDNYE X LME LG DAH NAK NEK SEM LAST,,HUHUHUHU<
`USAH DITANYA KEIKHLASAN SEBUAH IKATAN,,



DLM HIDUP NIH,,KITA BNYAK BERKOMUNIKASI DGN ORG,DGN KWN,DGN KLUARGE,DGN PAKCIK JUAL PSG GORENG,,DGN CASHIER KAT MYDIN,,ITU DIKIRE HUBUNGAN SOSIAL LAH


SEBUAH IKATAN NIH LEBIH MERUJUK KEPADA SEBUAH HUBUNGAN KOMUNIKASI KITA PADA ORG YANG KITA SYG,SUKE,SENANG BILE BERSAMA,BERKONGSI MSLH,,PAPE JE LG LAH,,


DGN ERTI KATE LAIN,,KITE BOLE KALSIFIKASIKAN SAHABAT,,TEMAN,,KAWAN DALAM SEBUAH IKATAN,,


KITE JUGA BOLE KLASIFIKASIKAN `INSAN TERISTIMEWA`DALAM ERTI SEBUAIH IKATAN,,


SAHABAT,,TEMAN,,KEKASIH,,


PADA KOWANG SAME KE MKSUDNYE,,???


JOM KITE CUBE TGK PRSMAAN NGN PRBEZAAN SAHABAT,,TEMAN,,`VS`KEKASIH


1)BERKONGSI MASALAH

KAWAN:BOLEH JE BRKONGSI MMCM MSLH DARI BAB MSLH BLJR,DUIT,TMPT TNGGL,,BAHKAN MSLH CINTA

KEKASIH:BOLEH GAK KONGSI MSLH TP MYBE X SUME MSLH YG BILE DKGSI

2)PERASAAN

KAWAN:KOWANG CKP JE LAH KWN KOWANG TU MCM BADAK SUMATERA,,AD X DIEOWANG MKN HATI BRMGGU-MGGU NGN KOWANG???X PNYE LAH PLG LME PON SATU HARI JE KAN

KEKASIH:TRY KOWANG CKP BDN DIE CM BADAK SUMATERA KNFOM BOLE JD SBB DIE MNTAK PTUS(HOHOHO)

3)HOBI AND MINAT

KAWAN:KWN MSTI RSE CM BHGIE GLER HDUP BILE KWN KOWANG NI AD MNAT YG SME NGN KOWANG,,
RSE MCM BRSYUKUR DPT KWN YANG SKPLE

KEKASIH:AD GAK SSTGH YG DPT MNAT YG SME,,TP KNKDGN DIEOWANG NIH SKE MENIPU DIRI DNSRI MNAT KAT SESUATU HOBI YG DIEOWANG X SKE,,ALSN,,SBB DAH SYG KAN,,

EM NTAH LAH,,TP CME SATU JE LAH KAN,,KOWANG KNE TAHU BEZA NAK LAYAN KWN KOWANG NGN KEKASIH KOWANG,,JGN SAMEKAN SUDAH LAH,,
THEN LG SATU,,YG SI PSGN PON,,JGN LAH CMBURU X TNTU PSL BILE BOY OR GIRL KOWANG BEK GILER NGN KWN DIEOWANG,,KOWANG JGN WSAW LAH,,KALAU DAH SYG,,DH JDOH X KMNE PNYE LAH,,:)



Friday, April 15, 2011

SUJUD SAJADAH@TILAWAH,,PEKA KAH KITA??






AMHAMDULILLAH,,DLM SEMPAT X SMPAT DPT GAK AKU UPDATE BLOG NIH,,PRNCGNNYE BLOG AKU NIH AKN DIUPDATE SETIAP ARI JUMAAT,,BUT SBB SBOK SGT NGN SEMUE URUSAN,TRBGKALAI MCNI JE BLOG NIH,,,

X PE,,INSYAALLAH ARI NIH DLM MSE YG SGKAT NIH AKU UPDATE BLOG NIH,,ARNIH RSE MCM NAK CRTE SAL `SUJUD SAJADAH` ATAU KATE NME LAIN ``SUJUD TILAWAH


`SUJUS SAJADAH` OR `SUJUD TILAWAH`
Tilawah ertinya bacaan dan sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud tilawah.
`


KAT ATS NIH ADLH PNRGN TNTG SUJUD SAJADAH OR TILAWAH,MUGKIN ADA PLBAGAI MAKSUD UNTUK SUJUD SAJADAH OR TILAWAH BUT THE IMPRTANT POINT IS KITE KNA SUJUD BILA JMPE AYT SAJADAH DALAM ALQURAN NIH,,CUBA KITA RNUNGKAN HADITH NIH,,


"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)


DULU TIME KSAT SKOLA ADALAH DGR KWN KATE KALAU GNTI SUJUD SAJADAH TUH DGN TASBIH SHJ,,KEMUSYKILAN MULA TIMBUL SBB X KAN SSKE HATI JE NAK GANTI DGN TSBIH KAN,,

SEBENARNYE KITA BOLEH GANTIKAN SUJUD SAJADAH TU DGN TASBIH,,


Alternatif jika si pembaca atau pendengar ayat-ayat sujud dalam keadaan yang tidak sesuai untuk sujud, maka harus kepadanya untuk membuat isyarat sujud sahaja (iaitu menundukkan kepala sedikit sambil membaca tasbih yang biasa. Ini disepakati oleh seluruh mahzab (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/301, cet Dar al-Fikr )

INI ADALAH BERDASARKAN HADITH DIBWH:

diriwayatkan oleh Ibn Umar ertiya :"Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat Sajdah, maka semua sahabat sujud, ada di antaranya yaNg berada di atas kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdaat yang menunggang sujud di atas tangannya" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud, no 1411, ms 171)


DISINI DISERTAKAN SEKALI BACAAN SUJUD SAJADAH:



سجدوجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين
"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".



"Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan Kekuatan-Nya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."


RASENYE SMPAI SNI DLU LAH PNJLSNNYE,,KLAU NAK INFO TMBHN BOLEH GOOGLE,,OKEY:)


ISLAM ITU AGAMA INDAH,,
DIBAWA OLEH UTUSAN YANG MAHMUDAH
SETIAP SURUHAN JGN DIPANDANG MUDAH,,
KERANA SURUHAN ITU ADALAH ADLH BKLN DI ALAM BARZAKH


Thursday, March 31, 2011

APRIL FOOL dtg lg!!!


Dewasa ini kita lihat ramai di antara rakan-rakan muda, pemuda pemudi, siswa dan siswi, dengan bangganya menyambut dan melaksanakan hari penipuan sedunia. Di mana kita tahu hari ini, April Fool bagaikan hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong kepada orang lain. Walaupun watak seseorang individu itu jujur dan berakhlak mulia, Namun bagaikan sebuah hari terbebasnya dosa untuk menipu maka individu yang baik dan berbudi pekerti mulia itupun melaksanakan penipuan dengan alasan gurauan semata.
Pertamanya mari kita lihat dari sesi sejarah. Apa itu yang dinamakan sebagai April Fool atau April Mop.
Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April’s Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam telah ternyata memberi kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.
Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam di Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
Bukankah bagi kita umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.
Bukan sekadar itu, bagi mereka yang merayakannya, sudah pasti akan menipu pada tanggal hari tersebut, masakan seorang yang sudah akil baligh, malah mumaiyiz (tahu buruk dan baik) gagal membuat keputusan bagi dirinya, memilih untuk melakukan kesalahan menipu itu, yang kita siang-siang akan tahu ianya bisa membuatkan diri berdosa yang akan mengantarkan ke neraka. Bukankah kita sudah siang-siang tahu akan berdosanya bagi orang yang menipu? Bukankah ianya benar-benar bercanggahan dengan hukum syara’ bagi sebuah perbuatan. Al Ashlu af’al at taqiyadu fil hukmi syari’ah (asal sesuatu perbuatan adalah terkati dengan hukum syariah @ Allah). Penipuan itu sendiri telah bercanggahan dengan syariat Islam, APatahlagi sekiranya ianya tercantum dengan sebuah tragedi menyayat hati. Lantas Gasim menyeru antum yang pernah melaksanakannya bertaubatlah.
Ingatlah Allah S.W.T berfirman:
وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا وَنَحۡشُرُهُ ۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ
“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan dan petunjukku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [QS Thaahaa:124].
Wallahua’lam.

Wednesday, March 23, 2011

PEMUDA DAN DAKWAH( www.iluvislam.com)



Jika dilihat pada ‘product’ pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.

2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.

3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’

4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.

Malangnya golongan pertama terlalu sedikit, mungkin segan kalau kita nak sebutkan tak sampai 10 peratus tetapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Pemuda dan perubahan Sebenarnya penggerak Dakwah diperingkat awal pengutusan Rasulullah SAW kebanyakannya terdiri dari pemuda-pemuda contohnya: Saidina Ali, Mus,ab, Saidina ‘Uthman dan lain-lain.

Dakwah juga cepat diterima dan berkembang di Madinah dan hebat mendapat tentangan di Makkah juga kerana faktor pemudanya. Penduduk Makkah dikuasai oleh golongan tua yang sukar meninggalkan pegangan lama mereka. Manakala Madinah pula majoriti yang menguasainya adalah pemuda kesan dari peperangan antara puak Aus dan Khazraj yang berlangsung hampir 200 tahun yang telah mengorbankan ramai generasi tuanya dan meninggalkan pemuda-pemuda sebagai pewaris mereka.

Abdullah Nasih ‘Ulwan pernah menyebut:

“Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berJihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...”

Dan beliau juga menyebut:

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”

Pemuda dan kemudaannya. Berbalik kepada persoalan asas yang dibincangkan; kenapa begitu sedikit yang dapat terus istiqamah dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah. Persoalan ini mungkin terjawab dengan kita mengenali siapakah pemuda dan apakah pengisian yang sepatutnya berlaku pada tempoh umur ini.

Zaman muda ialah suatu zaman yang cukup bergejolak, agresiff, bertenaga, cita- cita yang tinggi, keazaman yang kental dan semangat yang membara. Inilah keadaan pemuda di setiap zaman. Namun yang berbeza mungkin persekitaran yang ada disekitar mereka.

Pemuda-pemuda kita hari ini tidak banyak terikat dengan tanggungjawab, membesar dalam kemewahan dan kesenangan hidup, segala yang dihajati dicapai dengan mudah. Mungkin inilah yang membezakan kita dengan pemuda-pemuda Kahfi, pemuda Madinah dan pemuda awwalun yang lain.


abudujanah89
editor:azzahra_solehah

Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga.( www.iluvislam.com)



Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah...

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian (keluar rumah) melainkan urusan yang mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj (berhias diri yang berlebihan).
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah (an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...
________________________________________
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci, dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dengan tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yang pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
Ibnu Aminah aljuhury..............